Terokai Khazanah Malaysia

Kempen Terokai Khazanah Malaysia (“TKM”) mengajak rakyat Malaysia untuk bersama-sama meraikan khazanah negara melalui peraduan media sosial. Bersempena dengan Ulang Tahun ke-30 Khazanah Nasional dan menghayati erti menghargai masa lalu, meraikan hari ini dan membentuk masa hadapan, TKM berhasrat untuk menggalakkan penglibatan komuniti dalam mempromosikan identiti nasional yang positif sambil mengetengahkan kepelbagaian budaya dan sejarah.

Kempen ini menyediakan platform untuk menzahirkan penghargaan yang tinggi terhadap kekayaan warisan Malaysia yang merangkumi tiga tonggak utama:

Khazanah Semula Jadi:
Video yang memaparkan pemandangan indah di Malaysia, biodiversiti, taman-taman negara, hidupan liar, fenomena semula jadi dan video lain di dalam kategori yang sama.
Khazanah Budaya:
Video yang mempamerkan kekayaan Malaysia dalam kepelbagaian budaya, tradisi, perayaan, kesenian dan video lain di dalam kategori yang sama.
Khazanah Bersejarah:
Video yang meneroka tempat-tempat bersejarah, mercu tanda, artifak dan video lain di dalam kategori yang sama.

Tag dan ikuti

@khazanahnasional

Muat naik Instagram Reel

berdurasi 60 – 90 saat

Include these hashtags 

#KisahKitaDariLensa
#TerokaiKhazanahMY
#30TahunMemajukanMY
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.