Khazanah Nasional Berhad ialah dana kekayaan kedaulatan Malaysia. Diperbadankan sebagai syarikat awam berhad pada 3 September 1993 dan mula beroperasi pada tahun 1994, kami dimiliki oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan), kecuali satu saham yang dipegang oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (Diperbadankan).
Kami melabur di semua peringkat ekonomi Malaysia – dari syarikat tersenarai di Malaysia hingga ke sektor yang sedang berkembang – serta secara antarabangsa merentasi pasaran, kelas aset, sektor, dan geografi.
Berdiri di persimpangan antara kerajaan, sektor swasta, dan rakyat Malaysia, kami memainkan peranan penting dalam membangunkan negara, dipacu oleh strategi kami dalam Memajukan Malaysia.
Matlamat utama kami adalah untuk memberikan pulangan terlaras risiko jangka panjang yang kukuh merentasi portfolio kami, sambil turut memainkan peranan dalam merangsang pertumbuhan sektor dan syarikat yang sedang berkembang di dalam negara, menyumbang kepada daya saing dan kemakmuran jangka panjang negara.
Akhirnya, aktiviti dan pelaburan kami berlandaskan matlamat untuk memberikan impak yang berkekalan ke arah Malaysia yang lebih baik untuk semua.
Nilai teras kami membimbing kami dalam tingkah laku, membentuk budaya kami, dan mentakrifkan kami sebagai sebuah organisasi, serta dalam cara kami beroperasi dengan satu sama lain, rakan kongsi, dan pihak berkepentingan kami.
Kami Berpegang kepada
Tanggung Jawab
Menyampaikan hasil secara beretika
Kami Menghormati
Perbezaan Pandangan
Mendapatkan nilai daripada idea dan pendapat yang pelbagai
Kami Menyokong Antara
Satu sama Lain
Prihatin terhadap keutamaan dan keadaan orang lain
Keutamaan Strategik kami membimbing pemikiran dan tindakan kami, memberikan arah untuk memenuhi tujuan kami sebagai dana kekayaan kedaulatan Malaysia.
Pemain Korporat Aktif di pasaran modal Malaysia, merangsang pertumbuhan ekonomi
Dana Impak untuk melabur dalam sektor katalitik yang mengukuhkan ketahanan negara dan membuka peluang pertumbuhan baru.
Pelabur Global untuk mengembangkan portfolio kami, sambil mencari peluang untuk memudahkan aliran pengetahuan, jaringan, dan peluang pelaburan ke dalam Malaysia
Membangun Kapasiti dan Komuniti yang Dinamik untuk memupuk komuniti yang lebih kuat dan lebih berdaya tahan demi manfaat rakyat Malaysia melalui aktiviti dan entiti afiliasi kami.
Membina Atas Kekuatan Kewangan Kami
Mewujudkan Masa Depan Lestari
Membangunkan Pasukan Pemenang
Logo Khazanah Nasional adalah simbol syarikat kami yang paling jelas, justeru, ia adalah aset yang sangat penting yang mana integritinya harus dipelihara.