Khazanah umumkan pelantikan baharu dan perubahan pada Pasukan Kepimpinan Kanan

17 April 2018

Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”) pada hari ini mengumumkan pelantikan baharu serta perubahan pada Pasukan Kepimpinan Kanannya (“SLT”), seperti berikut:

  1. Amran Hafiz Affifudin, Pengarah, Pelaburan dinaikkan pangkat ke Pengarah Eksekutif, Pelaburan, mulai 1 April 2018.

  2. Bryan Lim, Pengarah, Pelaburan dinaikkan pangkat ke Pengarah Eksekutif, Pelaburan, mulai 1 April 2018. Beliau meneruskan peranannya sebagai Ketua Pejabat Serantau Khazanah di Beijing. Seperti yang diumumkan sebelum ini[1], Bryan juga menerajui operasi Khazanah di Asia Utara (meliputi China, Jepun dan Korea). Beliau mengambil alih tugas daripada Datuk Ben Chan, Pengarah Eksekutif, Pelaburan, yang akan meninggalkan Khazanah pada akhir bulan April 2018.

  3. Dato’ Charon Mokhzani, Pengarah Eksekutif, Pejabat Pengarah Urusan dan Pengarah Urusan Khazanah Research Institute (“KRI”), akan meninggalkan Khazanah dan KRI pada pertengahan bulan Mei 2018, selepas berkhidmat selama hampir lima tahun.

Pelantikan baharu dan perubahan ini adalah sebahagian daripada inisiatif berkala yang dilaksanakan oleh Khazanah untuk mengukuhkan pasukan pengurusan kanannya, selari dengan amalan penggantian kepimpinan yang berterusan. Pada Disember 2017, Khazanah telah mengumumkan pelantikan Ahmad Zulqarnain Onn dan Tengku Dato’ Sri Azmil Zahruddin Raja Abdul Aziz sebagai Timbalan Pengarah Urusan.

Amran menyertai Khazanah pada tahun 2011 sebagai Naib Presiden Kanan, Pelaburan. Beliau memulakan kerjaya di Petroliam Nasional Berhad (“PETRONAS”) dalam bidang kewangan korporat dan perbendaharaan. Amran seterusnya berkecimpung dalam industri ekuiti persendirian di mana beliau telah menyandang pelbagai tugas dan tanggungjawab di beberapa firma. Amran berkelulusan Sarjana Muda Sains bidang Perdagangan, dengan pengkhususan dalam Perakaunan dan Kewangan daripada McIntire School of Commerce di University of Virginia.

Bryan Lim menyertai Khazanah sebagai Penolong Naib Presiden, Pelaburan pada Disember 2005. Sebelum Khazanah, beliau pernah berkhidmat di Ernst & Young, Rating Agency Malaysia Bhd (“RAM”) dan ECM Libra Securities Sdn Bhd. Bryan memegang Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Program Felo Sloan MIT di Massachusetts Institute of Technology dan Ijazah Sarjana Muda Perdagangan dan Pengurusan daripada Lincoln University, New Zealand. Beliau juga merupakan Penganalisis Kewangan Bertauliah (“CFA”).

[1] Rujuk kepada “Khazanah umum pertukaran pada barisan kepimpinan kanannya”, 15 Mac 2018, di www.khazanah.com.my

Siaran Akhbar Lain

Khazanah Nasional perjelas penjualan saham FashionValet

Khazanah Nasional (“Khazanah”) telah melabur RM27 juta untuk memperoleh 9% kepentingan dalam FashionValet (“Syarikat”) pada tahun 2018. Pada masa itu,...

1 November 2024 Selanjutnya

Khazanah lancar Jelawang Capital sebagai sebuah ‘national fund-of-f...

‘National fund-of-funds’ akan memperkasakan dan mengembangkan ekosistem modal teroka Malaysia selari dengan usaha Khazanah melalui Dana Impak KUALA LUMPUR: Khazanah...

28 Oktober 2024 Selanjutnya

Kenyataan oleh Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengarah Urusan...

Belanjawan MADANI Ketiga Tahun 2025 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim di...

19 Oktober 2024 Selanjutnya
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.