Pelaburan Khazanah di Amerika Syarikat

15 September 2017

Kami merujuk kepada beberapa laporan berita dan kenyataan berkenaan pelaburan Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”) di Amerika Syarikat, berikutan lawatan rasmi Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak ke negara tersebut, baru-baru ini.

Selari dengan usahanya untuk mempelbagaikan portfolio pelaburan luar negara secara progresif, Khazanah telah membuka sebuah pejabat di Amerika Syarikat, Khazanah Americas Incorporated di San Francisco dengan tumpuan kepada sektor inovasi dan teknologi. Dibuka pada tahun 2013, pejabat Khazanah di San Francisco merupakan pejabat luar negaranya yang ketiga selepas pembukaan pejabat di Beijing dan Mumbai. Khazanah seterusnya membuka dua lagi pejabat di luar negara, iaitu di Istanbul dan London.

Sehingga kini, Khazanah telah membuat sejumlah 15 pelaburan di Amerika Syarikat yang bernilai kira-kira USD410 juta, terutamanya dalam sektor teknologi. Pelaburan Khazanah di Amerika Syarikat mewakili kira-kira 1.3 peratus daripada keseluruhan portfolio Nilai Aset Boleh Direalisasikan (“RAV”) Khazanah yang berjumlah RM145.3 bilion setakat 31 Disember 2016.

Khazanah menetapkan amalan penilaian yang ketat bagi setiap pelaburan, yang melibatkan pemeriksaan terperinci dan beberapa tahap penilaian pelaburan sebelum dibentangkan kepada Lembaga Pengarah Khazanah untuk pertimbangan dan seterusnya kelulusan. Secara keseluruhannya, penciptaan nilai jangka panjang daripada portfolio pelaburan Khazanah kekal utuh dengan portfolio Nilai Boleh Dilaraskan (“NWA”) meningkat sebanyak 3.1 kali ganda atau berkembang pada Kadar Pertumbuhan Tahunan Terkumpul (“CAGR”) sebanyak 9.3% setiap tahun untuk tempoh dari Mei 2004 hingga 31 Disember 2016.

Selaras dengan mandat Khazanah sebagai dana pelaburan strategik negara bagi menwujudkan nilai jangka panjang untuk Malaysia melalui pelbagai sektor dan kawasan, Khazanah akan terus meneroka pelbagai peluang pelaburan lain di Amerika Syarikat dengan tumpuan khusus diberikan kepada sektor inovasi dan teknologi.

TAMAT

Siaran Akhbar Lain

Khazanah Nasional perjelas penjualan saham FashionValet

Khazanah Nasional (“Khazanah”) telah melabur RM27 juta untuk memperoleh 9% kepentingan dalam FashionValet (“Syarikat”) pada tahun 2018. Pada masa itu,...

1 November 2024 Selanjutnya

Khazanah lancar Jelawang Capital sebagai sebuah ‘national fund-of-f...

‘National fund-of-funds’ akan memperkasakan dan mengembangkan ekosistem modal teroka Malaysia selari dengan usaha Khazanah melalui Dana Impak KUALA LUMPUR: Khazanah...

28 Oktober 2024 Selanjutnya

Kenyataan oleh Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengarah Urusan...

Belanjawan MADANI Ketiga Tahun 2025 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim di...

19 Oktober 2024 Selanjutnya
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.