Khazanah raih RM735.7 juta hasil penempatan saham Telekom Malaysia

22 Mei 2020
Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”) mengumumkan kejayaannya menempatkan 172.3 juta saham Telekom Malaysia Berhad (“TM”) pada harga RM4.27 sesaham, sekali gus meraih hasil berjumlah RM735.7 juta daripada urus niaga tersebut. Harga penempatan mewakili diskaun 3.61% pada harga penutup pasaran bagi saham TM yang bernilai RM4.43 pada 21 Mei 2020. Penempatan saham ini merupakan sebahagian daripada usaha penyusunan semula keseluruhan portfolio Khazanah, yang mana hasil daripadanya akan digunakan untuk pelaburan baharu pada masa hadapan serta usaha pemelbagaian peruntukan aset Khazanah. Dengan permintaan kukuh pasaran bagi saham “blue-chip” tempatan, penempatan saham ini membolehkan Khazanah meningkatkan apungan bebas dan daya tarikan saham TM sebagai pelaburan. Dana domestik berjangka panjang, pelabur institusi asing serta pelabur institusi sedia ada telah mengambil bahagian dalam penempatan saham ini. Pelabur institusi domestik mewakili sebahagian besar pembeli utama. Penempatan saham ini adalah penempatan berkaitan sektor telekomunikasi terbesar di Malaysia dan ketiga terbesar di ASEAN pada tahun ini. CIMB dan Credit Suisse adalah pengatur bersama penempatan saham ini. TAMAT

Siaran Akhbar Lain

Khazanah Nasional perjelas penjualan saham FashionValet

Khazanah Nasional (“Khazanah”) telah melabur RM27 juta untuk memperoleh 9% kepentingan dalam FashionValet (“Syarikat”) pada tahun 2018. Pada masa itu,...

1 November 2024 Selanjutnya

Khazanah lancar Jelawang Capital sebagai sebuah ‘national fund-of-f...

‘National fund-of-funds’ akan memperkasakan dan mengembangkan ekosistem modal teroka Malaysia selari dengan usaha Khazanah melalui Dana Impak KUALA LUMPUR: Khazanah...

28 Oktober 2024 Selanjutnya

Kenyataan oleh Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengarah Urusan...

Belanjawan MADANI Ketiga Tahun 2025 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim di...

19 Oktober 2024 Selanjutnya
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.