Khazanah raih RM312 juta daripada penempatan saham Telekom Malaysia

15 April 2021

Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”) telah berjaya memuktamadkan penempatan 53.8 juta saham Telekom Malaysia Berhad (“TM”) pada harga RM5.80 sesaham, sekali gus meraih hasil kasar berjumlah RM312 juta. Harga penempatan mewakili diskaun 3% pada harga penutup pasaran bagi saham tersebut yang bernilai RM5.98 pada 14 April 2021.

Penempatan saham ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan Khazanah untuk mengimbangi semula portfolio serta mengitar semula pelaburannya dalam aset sedia ada kepada aset baharu, termasuk aset yang dianggap strategik untuk masa depan negara. Dalam hal ini, hasil daripada penempatan tersebut akan digunakan untuk pelaburan baharu, termasuk pelaburan dalam sektor strategik baharu yang dapat membantu memacu pertumbuhan ekonomi negara serta mencipta peluang pekerjaan berkemahiran tinggi baharu.

Dengan pemulihan harga serta permintaan kukuh bagi saham TM yang didorong oleh pengumuman Kerajaan berkaitan inisiatif transformasi digital dibawah Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (“MyDigital”), penempatan ini memberi peluang kepada Khazanah untuk meraih sebahagian hasil pelaburannya dalam TM, yang sekali gus akan meningkatkan lagi jumlah apungan serta daya tarikan bagi saham TM. Lanjutan daripada penempatan tersebut, Khazanah kekal memegang kira-kira 20.1% saham dalam TM.

Saham tersebut ditawarkan kepada sekumpulan pelabur institusi jangka panjang tempatan serta pelabur institusi pelbagai strategi, yang mana sebahagian besar pelabur adalah dalam kalangan pelabur dana jangka panjang tempatan.
Credit Suisse dan CIMB adalah pengatur bersama penempatan saham tersebut.

TAMAT

Siaran Akhbar Lain

Khazanah Nasional perjelas penjualan saham FashionValet

Khazanah Nasional (“Khazanah”) telah melabur RM27 juta untuk memperoleh 9% kepentingan dalam FashionValet (“Syarikat”) pada tahun 2018. Pada masa itu,...

1 November 2024 Selanjutnya

Khazanah lancar Jelawang Capital sebagai sebuah ‘national fund-of-f...

‘National fund-of-funds’ akan memperkasakan dan mengembangkan ekosistem modal teroka Malaysia selari dengan usaha Khazanah melalui Dana Impak KUALA LUMPUR: Khazanah...

28 Oktober 2024 Selanjutnya

Kenyataan oleh Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengarah Urusan...

Belanjawan MADANI Ketiga Tahun 2025 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim di...

19 Oktober 2024 Selanjutnya
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.