Dato’ Charon Mokhzani menyertai Khazanah Research Institute sebagai Pengarah Urusan

6 November 2013

Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”) dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Dato’ Charon Mokhzani sebagai Pengarah Urusan Khazanah Research Institute (“KRiS”), sebuah institut penyelidikan yang baru ditubuhkan, berkuat kuasa 6 November 2013. Dato’ Charon merupakan bekas Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Perbankan Pelaburan, CIMB Group dan Ketua Pegawai Eksekutif, CIMB Investment Bank.

KRiS akan beroperasi secara berasingan daripada Bahagian Penyelidikan Khazanah, yang telah beroperasi sejak tahun 2004. Tumpuan institut ini adalah pada isu-isu nasional yang lebih meluas serta yang berkaitan dengan Khazanah.

“Kami berasa gembira dengan kehadiran Dato’ Charon dalam lembaga pengarah institut ini sebagai pengarah urusan dan mengalu-alukan sumbangan beliau,” kata Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Timbalan Pengerusi Khazanah dan Pengerusi KRiS.

Sebelum memegang jawatan eksekutif di Kumpulan CIMB, Dato’ Charon pernah menjadi rakan pengurusan di Zaid Ibrahim & Co dan sebelum itu pernah bertugas dalam bidang kewangan korporat di RHB Securities. Dato ‘Charon, 49, berkelulusan Falsafah, Politik dan Ekonomi daripada Balliol College, University of Oxford serta dalam bidang Undang-Undang daripada School of Oriental and African Studies, University of London.

TAMAT

Siaran Akhbar Lain

Khazanah Nasional perjelas penjualan saham FashionValet

Khazanah Nasional (“Khazanah”) telah melabur RM27 juta untuk memperoleh 9% kepentingan dalam FashionValet (“Syarikat”) pada tahun 2018. Pada masa itu,...

1 November 2024 Selanjutnya

Khazanah lancar Jelawang Capital sebagai sebuah ‘national fund-of-f...

‘National fund-of-funds’ akan memperkasakan dan mengembangkan ekosistem modal teroka Malaysia selari dengan usaha Khazanah melalui Dana Impak KUALA LUMPUR: Khazanah...

28 Oktober 2024 Selanjutnya

Kenyataan oleh Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengarah Urusan...

Belanjawan MADANI Ketiga Tahun 2025 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim di...

19 Oktober 2024 Selanjutnya
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.