Dato’ Dr Nirmala Menon dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Khazanah

18 April 2017

Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”) dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Dato’ Dr Nirmala Menon sebagai Ahli Lembaga Pengarahnya. Pelantikan ini dibuat semasa mesyuarat Lembaga Pengarah Khazanah ke-82, hari ini.

Dato’ Dr Nirmala membawa bersamanya pengalaman yang ditimba selama kira-kira tiga dekad dalam sektor insurans dan kesihatan. Beliau merupakan Naib Presiden Eksekutif, Ketua Pasaran & Kesihatan Rantau Asia di MetLife Asia Pacific Ltd, yang mana beliau bertanggungjawab bagi operasi syarikat berkenaan di Hong Kong, Australia, Malaysia, Vietnam, Bangladesh, Nepal dan Myanmar. Sebelum menyertai MetLife, Dato’ Dr Nirmala berkhidmat sebagai Ketua Rantau Asia Selatan di ING Asia Pacific Ltd, dan sebelum itu beliau merupakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif ING Malaysia Berhad, yang mana ketika itu beliau merupakan CEO wanita pertama dalam industri insurans hayat di Malaysia.

Berkelulusan dalam bidang perubatan, Dato’ Dr Nirmala memperoleh ijazah Kelas Pertama daripada University of Mysore, India. Beliau berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Kuala Lumpur selama tujuh tahun sebelum memulakan kerjayanya dalam industri insurans.

TAMAT

Siaran Akhbar Lain

Khazanah Nasional perjelas penjualan saham FashionValet

Khazanah Nasional (“Khazanah”) telah melabur RM27 juta untuk memperoleh 9% kepentingan dalam FashionValet (“Syarikat”) pada tahun 2018. Pada masa itu,...

1 November 2024 Selanjutnya

Khazanah lancar Jelawang Capital sebagai sebuah ‘national fund-of-f...

‘National fund-of-funds’ akan memperkasakan dan mengembangkan ekosistem modal teroka Malaysia selari dengan usaha Khazanah melalui Dana Impak KUALA LUMPUR: Khazanah...

28 Oktober 2024 Selanjutnya

Kenyataan oleh Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengarah Urusan...

Belanjawan MADANI Ketiga Tahun 2025 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim di...

19 Oktober 2024 Selanjutnya
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.