Kenyataan Khazanah berkaitan Ketua Pegawai Eksekutif baharu Malaysia Airlines

20 Oktober 2017

Seperti yang diperuntukan bawah Pelan Pemulihan MAS (“MRP”) yang mengandungi 12 perkara utama, Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”) menyokong dan meluluskan pelantikan Kapten Izham Ismail sebagai Pengarah Eksekutif dan bakal Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (“GCEO”) Malaysia Airlines Berhad (“MAB”), berkuat kuasa serta merta. Ini adalah hasil daripada resolusi Lembaga Pengarah MAB pada hari ini, selepas rundingan dibuat dan seterusnya kelulusan diperoleh daripada Pengerusi Khazanah, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

MRP yang dilancarkan oleh Khazanah pada 29 Ogos 2014 menetapkan pembangunan dan penggantian bakat kepimpinan tempatan sebagai salah satu komponen utama dalam usaha penstrukturan yang dijalankan. Oleh yang demikian, pelantikan Kapten Izham adalah sejajar dengan rancangan penggantian bakat yang telah dirancang di MAB. Kapten Izham, yang kini merupakan Ketua Pegawai Operasi (“COO”), berpengalaman luas dalam bidang penerbangan dan telah berkhidmat di Malaysia Airlines selama 38 tahun . Beliau memulakan kerjayanya di syarikat penerbangan tersebut sebagai juruterbang pada tahun 1979.

Khazanah mengambil maklum bahawa sebagai COO, Kapten Izham telah memainkan peranan penting dalam pelaksanaan pelan pemulihan Malaysia Airlines. Pelantikannya sebagai GCEO akan memastikan kesinambungan dan kemajuan usaha penstrukturan semula bawah MRP yang berjangka masa lima tahun.

Setelah kira-kira 38 bulan dilancarkan, kini sudah hampir dua pertiga perjalanan pelaksanaan MRP yang berjangka masa lima tahun sudahpun selesai dan ia berada pada landasan yang betul. Seperti yang diperuntukan bawah MRP, penstrukturan semula Malaysia Airlines adalah mengikut rangka kerja tabdir urus dan kelulusan yang menyeluruh. Rangka kerja tersebut menyaksikan Khazanah, Lembaga Pengarah MAB, pengurusan dan kakitangan berganding bahu, dengan sokongan penuh daripada Kerajaan, untuk memastikan kelancaran proses penstrukturan semula MAB. Pendekatan secara kolektif ini akan terus memastikan proses penstrukturan semula MAB berada pada landasan yang betul untuk mencapai pemulihan penuh dan seterusnya keuntungan yang mampan.

TAMAT

Siaran Akhbar Lain

Khazanah Nasional perjelas penjualan saham FashionValet

Khazanah Nasional (“Khazanah”) telah melabur RM27 juta untuk memperoleh 9% kepentingan dalam FashionValet (“Syarikat”) pada tahun 2018. Pada masa itu,...

1 November 2024 Selanjutnya

Khazanah lancar Jelawang Capital sebagai sebuah ‘national fund-of-f...

‘National fund-of-funds’ akan memperkasakan dan mengembangkan ekosistem modal teroka Malaysia selari dengan usaha Khazanah melalui Dana Impak KUALA LUMPUR: Khazanah...

28 Oktober 2024 Selanjutnya

Kenyataan oleh Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengarah Urusan...

Belanjawan MADANI Ketiga Tahun 2025 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim di...

19 Oktober 2024 Selanjutnya
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.