Kenyataan Khazanah Nasional mengenai penebusan RCCPS oleh Kementerian Kewangan pada bulan Ogos 2017

24 Mei 2018

Kami merujuk kepada artikel yang diterbitkan oleh Reuters bertajuk “Former Malaysia government used money raised from Khazanah to pay 1MDB dues – sources” (Kerajaan Malaysia terdahulu menggunakan wang daripada Khazanah untuk membayar hutang 1MDB – sumber), bertarikh 24 Mei 2018.

Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”) ingin menjelaskan beberapa fakta berikut:

  1. Pada 7 Mac 2011, Khazanah telah menerbitkan Saham Keutamaan Boleh Tukar Boleh Tebus Terkumpul (“RCCPS”) berjumlah RM3.0b kepada Kementerian Kewangan (“MOF”). Secara ringkasnya, RCCPS merupakan suntikan modal yang mana MOF, sebagai pemegang saham 100% dalam Khazanah berhak untuk mengambil atau menebus balik pada bila-bila masa.

  2. Pada 14 Mac 2014, MOF telah menebus balik RM1.8b daripada RM3.0b yang diterbitkan.

  3. Manakala, pada 11 Ogos 2017, MOF telah menebus semula RM1.199b daripada baki RM1.2b RCCPS.

  4. Harus dijelaskan bahawa, sebagai pemegang tunggal RCCPS, MOF berhak untuk menebus semula RCCPS pada bila-bila masa.

  5. Menerusi penebusan semula RCCPS tersebut, Khazanah, secara sekali gus, telah membayar balik modal pemegang saham kepada MOF.

  6. Harus dijelaskan juga bahawa Khazanah tidak berhak untuk menentukan tujuan penggunaan dana tersebut sebaik sahaja RCCPS ditebus semula oleh MOF.

TAMAT

Siaran Akhbar Lain

Khazanah Nasional perjelas penjualan saham FashionValet

Khazanah Nasional (“Khazanah”) telah melabur RM27 juta untuk memperoleh 9% kepentingan dalam FashionValet (“Syarikat”) pada tahun 2018. Pada masa itu,...

1 November 2024 Selanjutnya

Khazanah lancar Jelawang Capital sebagai sebuah ‘national fund-of-f...

‘National fund-of-funds’ akan memperkasakan dan mengembangkan ekosistem modal teroka Malaysia selari dengan usaha Khazanah melalui Dana Impak KUALA LUMPUR: Khazanah...

28 Oktober 2024 Selanjutnya

Kenyataan oleh Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengarah Urusan...

Belanjawan MADANI Ketiga Tahun 2025 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim di...

19 Oktober 2024 Selanjutnya
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.