Khazanah bakal lupus 16% pegangan dalam IHH kepada Mitsui bernilai RM8.42 bilion

29 November 2018

Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) telah menandatangani perjanjian dengan Mitsui & Co., Ltd. (“Mitsui”), sebuah syarikat daripada Jepun, untuk melupuskan 1,403,087,400 saham dalam IHH Healthcare Berhad (“IHH”) pada harga RM6.00 setiap saham, dengan jumlah tunai keseluruhan bernilai kira-kira RM8.42 bilion.

Pelupusan tersebut mewakili kira-kira 16% daripada keseluruhan saham IHH dan seterusnya pegangan Khazanah dalam IHH akan berkurangan kepada 26.05%. Ini adalah berdasarkan kepada modal saham IHH yang telah diperbesarkan setelah selesai pengambilalihan 30% kepentingan ekuiti tambahan dalam Acibadem Saglik Yatirimlari Holding A oleh IHH (“pengambilalihan Acibadem”). IHH telah mengumumkan pengambilalihan Acibadem pada 8 Oktober 2018.

Urusniaga ini adalah tertakluk kepada kelulusan daripada pihak pengawal selia yang berkaitan serta muktamadnya pengambilalihan Acibadem.

Urusniaga ini merupakan adalah penting kerana ia merupakan sebahagian daripada usaha penstrukturan semula portfolio Khazanah. Hasil daripada pelupusan ini akan digunakan untuk pelaburan baharu serta keperluan permodalan Khazanah. Khazanah akan terus menjadi pemegang saham penting dalam IHH dan mempunyai wakil dalam lembaga pengarah syarikat berkenaan. Kehadiran Khazanah juga dijangka akan memberikan kestabilan kepada pemegang saham IHH dalam masa depan terdekat ini.

Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata: “Urusniaga ini jelas menunjukkan keyakinan Mitsui dalam pertumbuhan IHH. Khazanah tetap komited untuk menyokong kumpulan penyedia khidmat kesihatan ini dan mengharapkan kejayaan masa depan IHH. Pelupusan ini adalah sebahagian daripada strategi Khazanah untuk mengembangkan perniagaan yang mana kami terlibat serta menentukan masa dan nilai yang sesuai untuk mencipta kecairan bagi keperluan modal dan pelaburan masa depan kami.”
Khazanah menjangka urus niaga tersebut dimuktamadkan pada suku pertama tahun 2019.

TAMAT

Siaran Akhbar Lain

Khazanah Nasional perjelas penjualan saham FashionValet

Khazanah Nasional (“Khazanah”) telah melabur RM27 juta untuk memperoleh 9% kepentingan dalam FashionValet (“Syarikat”) pada tahun 2018. Pada masa itu,...

1 November 2024 Selanjutnya

Khazanah lancar Jelawang Capital sebagai sebuah ‘national fund-of-f...

‘National fund-of-funds’ akan memperkasakan dan mengembangkan ekosistem modal teroka Malaysia selari dengan usaha Khazanah melalui Dana Impak KUALA LUMPUR: Khazanah...

28 Oktober 2024 Selanjutnya

Kenyataan oleh Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengarah Urusan...

Belanjawan MADANI Ketiga Tahun 2025 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim di...

19 Oktober 2024 Selanjutnya
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.