Khazanah bakal lupus pegangan dalam Prince Court Medical Centre Sdn Bhd (“PCMC”) kepada IHH Healthcare Berhad (“IHH”)

17 September 2019

Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”) hari ini mengumumkan bahawa anak syarikat tidak langsung miliknya, Pulau Memutik Ventures Sdn. Bhd., telah menandatangani perjanjian pembelian saham dengan Pantai Holdings Sdn. Bhd. (sebuah anak syarikat tidak langsung milik penuh IHH) untuk melupuskan 100% pegangannya dalam PCMC bernilai RM1.02 bilion secara tunai.

PCMC telah diambil alih secara strategik oleh Khazanah pada tahun 2018 berlandaskan hasratnya untuk membina sektor perkhidmatan penjagaan kesihatan di Malaysia serta mempromosi Kuala Lumpur sebagai destinasi pilihan bagi penjagaan kesihatan berkualiti di rantau ini. Namun, berdasarkan mandat baharunya, Khazanah telah membuat keputusan untuk melupuskan pegangannya dalam PCMC kepada IHH, platform penjagaan kesihatan milik Khazanah.

Cadangan pelupusan yang diumumkan pada hari ini akan membolehkan PCMC menerima manfaat daripada
kemasukannya ke dalam operasi IHH di Malaysia serta rangkaian globalnya yang lebih luas. Ia juga bakal terus memperkukuhkan kedudukan IHH secara keseluruhannya dalam pasaran perkhidmatan penjagaan kesihatan domestik sementara terus menerima sokongan berterusan daripada Khazanah menerusi penglibatannya dalam IHH.

Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, “Urusniaga ini adalah selaras dengan mandat baharu kami serta akan meningkatkan kecairan Khazanah bagi tujuan keperluan modal pelaburan masa depan kami. Di samping itu, Khazanah yakin bahawa PCMC akan mendapat manfaat daripada pengalaman luas IHH dalam penyediaan penjagaan kesihatan premium selain memantapkan kedudukan IHH sebagai salah sebuah pengendali penjagaan kesihatan utama di Malaysia, yang mana Khazanah kekal sebagai salah satu pemegang saham utama dengan pegangan kepentingan 26.04% dalamnya.”

Transaksi ini, antara lainnya, tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa yang berkaitan serta para pemegang saham IHH yang lain. Khazanah menjangkakan urus niaga itu akan dimuktamadkan pada suku pertama tahun 2020.

TAMAT

Siaran Akhbar Lain

Khazanah Nasional perjelas penjualan saham FashionValet

Khazanah Nasional (“Khazanah”) telah melabur RM27 juta untuk memperoleh 9% kepentingan dalam FashionValet (“Syarikat”) pada tahun 2018. Pada masa itu,...

1 November 2024 Selanjutnya

Khazanah lancar Jelawang Capital sebagai sebuah ‘national fund-of-f...

‘National fund-of-funds’ akan memperkasakan dan mengembangkan ekosistem modal teroka Malaysia selari dengan usaha Khazanah melalui Dana Impak KUALA LUMPUR: Khazanah...

28 Oktober 2024 Selanjutnya

Kenyataan oleh Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengarah Urusan...

Belanjawan MADANI Ketiga Tahun 2025 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim di...

19 Oktober 2024 Selanjutnya
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.