Khazanah lantik Datuk Shahril Ridza Ridzuan sebagai Pengarah Urusan

3 Ogos 2018

Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”) dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Datuk Shahril Ridza Ridzuan sebagai Pengarah Urusan. Datuk Shahril bakal melaporkan diri sebagai Pengarah Urusan pada 20 Ogos 2018.

Datuk Shahril, 48, yang kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (“KWSP”), telah memegang jawatan tersebut sejak 16 April 2013. Sebelum itu, beliau memegang jawatan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan). Sebelum menyertai KWSP, beliau adalah Pengarah Urusan Malaysian Resources Corporation Berhad (“MRCB”), yang mana beliau bertanggungjawab membangunkan KL Sentral menjadi salah satu pusat komersil utama di negara ini. Beliau juga pernah berkhidmat di Pengurusan Danaharta Nasional Berhad di mana beliau terlibat dalam pemulihan korporat dan penstrukturan semula kredit berikutan Krisis Kewangan Asia pada tahun 1997. Beliau kini juga adalah ahli lembaga pengarah bukan eksekutif di Media Prima Berhad, Malaysia Building Society Berhad, Pengurusan Danaharta Nasional Berhad, MRCB dan IJN Holdings Sdn Bhd. Datuk Shahril memegang Ijazah Sarjana (Kelas Pertama) daripada Universiti Cambridge dan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Sivil (Kelas Pertama) daripada Universiti Oxford, serta telah diterima masuk ke Bar Malaysia serta Bar England dan Wales.

Khazanah turut ingin mengalu-alukan pengerusi serta ahli-ahli lembaga pengarah baharu seperti yang diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri pada 30 Julai 2018.

Di samping itu, Khazanah ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada mantan ahli-ahli lembaga pengarah serta pengarah urusannya, Tan Sri Datuk Wira Azman Hj Mokhtar atas khidmat dan sumbangan mereka kepada Khazanah dan negara.

TAMAT

Siaran Akhbar Lain

Khazanah Nasional perjelas penjualan saham FashionValet

Khazanah Nasional (“Khazanah”) telah melabur RM27 juta untuk memperoleh 9% kepentingan dalam FashionValet (“Syarikat”) pada tahun 2018. Pada masa itu,...

1 November 2024 Selanjutnya

Khazanah lancar Jelawang Capital sebagai sebuah ‘national fund-of-f...

‘National fund-of-funds’ akan memperkasakan dan mengembangkan ekosistem modal teroka Malaysia selari dengan usaha Khazanah melalui Dana Impak KUALA LUMPUR: Khazanah...

28 Oktober 2024 Selanjutnya

Kenyataan oleh Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengarah Urusan...

Belanjawan MADANI Ketiga Tahun 2025 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim di...

19 Oktober 2024 Selanjutnya
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.