Khazanah lantik Pengarah Eksekutif baharu bagi pejabat di India

21 Mei 2015

Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”) hari ini mengumumkan pelantikan Chinta Bhagat sebagai Pengarah Eksekutif, Pelaburan, berkuatkuasa 15 Julai 2015. Beliau akan bertugas dan mengetuai operasi di pejabat Khazanah di Mumbai, India serta menganggotai pasukan kepimpinan dalam sektor penjagaan kesihatan global Khazanah.

Sebelum menyertai Khazanah, Chinta bertugas di McKinsey & Co (“McKinsey”), yang mana jawatan terakhir beliau ialah Rakan Kongsi Urusan di pejabat syarikat konsultan tersebut di Singapura. Di McKinsey, beliau juga merupakan salah seorang anggota kepemimpinan kanan bahagian Pelabur Utama serta Sistem dan Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan.

Sepanjang tempoh kerjaya beliau yang menjangkaui 24 tahun, Chinta telah menimba pengalaman luas dalam bidang pelaburan, pemacuan prestasi syarikat portfolio serta pembentukan dan pelaksanakaan sistem tadbir urus. Sebelum menyertai McKinsey, beliau pernah memegang pelbagai jawatan termasuk Ketua Pegawai Eksekutif di sebuah firma kejuruteraan dan pembinaan di India. Chinta berkelulusan Sarjana Perniagaan dari INSEAD Business School dan merupakan arkitek bertauliah

Pelantikan ini adalah sebahagian daripada usaha untuk terus mengukuhkan pasukan kepimpinan kanan Khazanah. Baru-baru ini, Khazanah telah mengumumkan pelantikan Mohamed Nasri Sallehuddin sebagai Pengarah Eksekutif, Perkhidmatan Korporat dan Sokongan; Omar Siddiq Amin Noer Rashid sebagai Pengarah Eksekutif, Pelaburan (berkuatkuasa 1 Julai 2015); Javier Santiso sebagai Pengarah Eksekutif, Pelaburan yang berpangkalan di pejabat Khazanah London (berkuatkuasa 1 Ogos 2015); dan Latifah Daud sebagai Pengarah, Pengurusan Modal Insan Strategik. Dengan pengumuman ini, pasukan kepimpinan kanan Khazanah yang diketuai oleh Pengarah Urusan, Tan Sri Dato’ Azman Hj. Mokhtar, meningkat kepada 21 orang.

TAMAT

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Mohd Raslan Md Sharif di talian Tel +603 2034 0000 atau menerusi e-mel di raslan.sharif@khazanah.com.my.

Tentang Khazanah Nasional Berhad</p>

Khazanah Nasional Berhad adalah dana pelaburan strategik Kerajaan Malaysia yang diamanahkan untuk menguruskan aset-aset komersial milik Kerajaan dan melaksanakan pelaburan-pelaburan strategik. Khazanah terlibat dalam pelbagai sektor seperti tenaga, telekomunikasi, institusi kewangan, penjagaan kesihatan, penerbangan, infrastruktur, riadah & pelancongan, hartanah kreatif & media, pendidikan dan inovasi & teknologi. Antara syarikat tersenarai utama di bawah portfolio pelaburan Khazanah adalah Telekom Malaysia Bhd, Tenaga Nasional Bhd, CIMB Group, Axiata Group Bhd, IHH Healthcare Bhd, Malaysia Airports Holdings Bhd dan UEM Sunrise Bhd. Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Khazanah, sila lawati www.khazanah.com.my

Siaran Akhbar Lain

Khazanah Nasional perjelas penjualan saham FashionValet

Khazanah Nasional (“Khazanah”) telah melabur RM27 juta untuk memperoleh 9% kepentingan dalam FashionValet (“Syarikat”) pada tahun 2018. Pada masa itu,...

1 November 2024 Selanjutnya

Khazanah lancar Jelawang Capital sebagai sebuah ‘national fund-of-f...

‘National fund-of-funds’ akan memperkasakan dan mengembangkan ekosistem modal teroka Malaysia selari dengan usaha Khazanah melalui Dana Impak KUALA LUMPUR: Khazanah...

28 Oktober 2024 Selanjutnya

Kenyataan oleh Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengarah Urusan...

Belanjawan MADANI Ketiga Tahun 2025 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim di...

19 Oktober 2024 Selanjutnya
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.