Kenyataan Khazanah tentang kejadian berkaitan COVID-19

1 Mac 2020

Pihak berkuasa kesihatan telah memaklumkan Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”) bahawa salah seorang pekerja kami telah didiagnosis positif virus COVID-19 dan kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital Kerajaan.

Khazanah kini sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa kesihatan dan pengurusan premis pejabat kami untuk mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan kesihatan dan keselamatan semua kakitangan kami dan orang di sekeliling mereka. Ini termasuk membantu pihak berkuasa kesihatan dalam mengenal pasti individu yang telah berhubung dengan kakitangan berkenaan. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku semasa menjalankan langkah pencegahan ini.

Khazanah akan terus beroperasi dengan gangguan yang minimum.

TAMAT

Siaran Akhbar Lain

Khazanah Nasional perjelas penjualan saham FashionValet

Khazanah Nasional (“Khazanah”) telah melabur RM27 juta untuk memperoleh 9% kepentingan dalam FashionValet (“Syarikat”) pada tahun 2018. Pada masa itu,...

1 November 2024 Selanjutnya

Khazanah lancar Jelawang Capital sebagai sebuah ‘national fund-of-f...

‘National fund-of-funds’ akan memperkasakan dan mengembangkan ekosistem modal teroka Malaysia selari dengan usaha Khazanah melalui Dana Impak KUALA LUMPUR: Khazanah...

28 Oktober 2024 Selanjutnya

Kenyataan oleh Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengarah Urusan...

Belanjawan MADANI Ketiga Tahun 2025 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim di...

19 Oktober 2024 Selanjutnya
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.