Khazanah lantik pentadbir untuk MAS

25 Mei 2015

Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”), pemegang saham tunggal Malaysian Airline System Berhad (“MAS”), mengumumkan pelantikan Dato’ Mohammad Faiz Azmi sebagai Pentadbir bagi MAS, berkuatkuasa 25 Mei 2015.

Pelantikan pentadbir berkenaan dijangka akan memudahkan pemindahan aset dan liabiliti terpilih daripada MAS kepada syarikat baru, Malaysia Airlines Berhad (“MAB”), menjelang 1 September 2015. MAS akan terus beroperasi sehingga 31 Ogos 2015, termasuk pada hari tersebut. Seterusnya, MAB akan mengambil alih dan mengendalikan operasi syarikat penerbangan tersebut pada 1 September 2015.

Pelantikan ini dilaksanakan secara sukarela oleh Khazanah dan dibuat menurut Akta Malaysian Airline System Berhad (Pentadbiran) 2015 (“Akta MAS”), yang telah diluluskan di parlimen pada tahun lepas. Akta MAS memperuntukkan kaedah yang berkesan, cekap dan lancar bagi peralihan perniagaan, harta, hak, liabiliti dan hal ehwal MAS kepada MAB.

Peralihan daripada MAS ke MAB adalah salah satu daripada 12 komponen penting bawah Pelan Pemulihan MAS (“PPM”) yang telah diumumkan pada 29 Ogos 2014. PPM bertujuan menyediakan garispanduan penyusunan semula syarikat penerbangan tersebut bagi mengembalikannya ke landasan keberuntungan yang mampan.

PPM turut menyatakan pendanaan pelaburan bersyarat oleh Khazanah yang berjumlah sehingga RM6 bilion yang akan diagihkan secara berperingkat-peringkat dan tertakluk kepada syarikat penerbangan tersebut memenuhi syarat-syarat ketat yang ditetapkan.

TAMAT

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Mohd Raslan Md Sharif di talian Tel +603 2034 0000 atau menerusi e-mel di raslan.sharif@khazanah.com.my.

Tentang Khazanah Nasional Berhad

Khazanah Nasional Berhad adalah dana pelaburan strategik Kerajaan Malaysia yang diamanahkan untuk menguruskan aset-aset komersial milik Kerajaan dan melaksanakan pelaburan-pelaburan strategik. Khazanah terlibat dalam pelbagai sektor seperti tenaga, telekomunikasi, institusi kewangan, penjagaan kesihatan, penerbangan, infrastruktur, riadah & pelancongan, hartanah kreatif & media, pendidikan dan inovasi & teknologi. Antara syarikat tersenarai utama di bawah portfolio pelaburan Khazanah adalah Telekom Malaysia Bhd, Tenaga Nasional Bhd, CIMB Group, Axiata Group Bhd, IHH Healthcare Bhd, Malaysia Airports Holdings Bhd dan UEM Sunrise Bhd. Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Khazanah, sila lawati www.khazanah.com.my

Siaran Akhbar Lain

Khazanah Nasional perjelas penjualan saham FashionValet

Khazanah Nasional (“Khazanah”) telah melabur RM27 juta untuk memperoleh 9% kepentingan dalam FashionValet (“Syarikat”) pada tahun 2018. Pada masa itu,...

1 November 2024 Selanjutnya

Khazanah lancar Jelawang Capital sebagai sebuah ‘national fund-of-f...

‘National fund-of-funds’ akan memperkasakan dan mengembangkan ekosistem modal teroka Malaysia selari dengan usaha Khazanah melalui Dana Impak KUALA LUMPUR: Khazanah...

28 Oktober 2024 Selanjutnya

Kenyataan oleh Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengarah Urusan...

Belanjawan MADANI Ketiga Tahun 2025 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim di...

19 Oktober 2024 Selanjutnya
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.