Ia adalah program jangka pendek yang berkesan, fleksibel, dan bertumpu kepada transformasi belia menjadi profesional yang bersedia untuk industri.
Bertujuan untuk merapatkan jurang antara latihan kemahiran dan pekerjaan, dengan menyediakan laluan kepada peserta untuk mendapatkan pekerjaan yang berpendapatan lumayan melalui kelayakan yang diperlukan, serta memudahkan kemasukan mereka ke dalam tenaga kerja.
Sesuai untuk lepasan sekolah, pemegang diploma sehingga ijazah dari pelbagai latar belakang, yang sedang menganggur dan bersedia untuk bekerja.
Fokus Khazanah akan diberikan kepada Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk menyokong:



Layak untuk lepasan SPM, pemegang diploma dan ijazah dari sebarang disiplin atau latar belakang, yang sedang menganggur dan bersedia untuk bekerja dalam bidang tumpuan yang dinyatakan di atas.
Program ini disokong oleh rakan program yang dilantik, yang akan menguruskan peserta sepanjang tempoh program.
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, emel kami di info@khazanah.com.my